Monday, 18 June 2012

Madah Cinta Untukmu..

Sayang..
susah untuk hati ini mempercayai segala kata2 mu..
bukan aku xcuba..
kau yg xpnh menghargai setiap pengorbanan dan kepercayaan aku terhadapmu..
aku takut..
kau mengulangi kesilapan yg sama..
aku takut..
janji2 mu hanya tingal janji2 yg xkan kau penuhi..
akhirnya yang akan kecewe adala aku..
sendiri...
tanpa kau disisi...
Sayang..
Aku cuba singkirkan kau dari minda ku..
tapi..
kau mintak peluang kedua..
aku ingin menolak..
tapi ...
perasaan cinta untuk kau masih ada di hati ini..
aku masih mengharapakan kehadiranmu disisiku..
walaupun aku tahu harapan utk aku disakiti masih tinggi..
Sayang..
ku korbankan keperitan yang aku alami dulu..
kerana cinta...
kerana perasaan aku pada kau xpnh luput ..
kerana aku tahu..
kau yg satu dihati ku...
Sayang..
Kau mungkin akan mengulangi kesilapan ini lagi..
kerana kau tau aku akan sentiasa disisi..
tapi..
ingatla sayang...
kau munkin takkan sedar sehinggala kau betul betul kehilangan aku...
kerana aku juga manusia..
yang punya hati dan perasaan..
yang ingin dan sentiasa dan mengharapkan perhatian dan pengorbanan dari mu..
Sayang..
Aku akan cuba yang terbaik dalam hubungan kita..
aku akan cuba harungi segala dugaan dan halangan bersama mu..
kerana aku melihat masa depan ku bersama mu..
aku mengimpikan kehidupan yang abadi bersama mu..
mengimpikan untuk menghabiskan sisa sisa tua ku bersama mu..
Sayang..
jika takdir kita bukan utk bersama..
aku pasrah..
tapi ketahuila..
aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu..
dan mencintaimu sehingga akhir hayat ku..

PUISI : TIADA LAGI KUNTUM CINTA UNTUKMU.

Terkadang...
Tanpa sedar,
Airmata ini jatuh berderai,
Menyelubungi sekelumit rasa,
Lantaran Kecewa yang tak berpenghujung,
Bahana cinta,
Yang sering meluluhkan hati...

Puas ku cuba menepis derita,
Namun ia tetap menyapa,
Mengapa?!...
mengapa derita yang tak pernah kupinta,
sentiasa hadir menemani diri,
menghadiahkan kesengsaraan,
merenggut segala bahagia yang diimpikan...

Oh Tuhan!
Pedihnya kini ku rasa menghiris,
kala hati dipenuhi duri-duri kedukaan,
Menikam segenap pelusuk rasa,
Menggoncang tugu-tugu kesetiaan,
Yang sekian lama teguh bertahan,

Oh...
Alangkah tegarnya hatimu,
Merobek dan mencarik sekeping hati,
Yang mengharapkan sebuah kejujuran,
Dari insan yang di damba,
Dengan sepenuh jiwa dan raga.

Kini...
Tiada lagi kuntum cinta untukmu,
Lantaran hambatan rasa kecewa,
Dengan sikapmu yang tak pernah mengerti.

Justeru,
Biarlah serpihan cinta yang kumiliki ini,
Akan ku cantum kembali,
Untuk DIA YANG MAHA AGUNG DAN PENCINTA!...

Selamat tinggal...
Selamat jalan...
Pada cinta yang tak bererti..
Hadirmu Bagai Suria Pagi....Sinarnya Lembut Memamah Embun...Tatkala Terik Ia Bagaikan Membakar Api Asmara Yang Bergelora Didada...Kasihku Padamu Selembut Bayu Petang Yang Mengetar Dijiwa...Rinduku Padamu Bagai Garis-Garis Senja Yang Tak Sabar Menanti Bulan Melimpahi Cahayanya Kedalam Lautan Cinta Kita... 
Telah Kukirimkan Pada angin Yang Aku Terlalu Merinduimu...Juga Telah Aku Taburkan Benih-Benih Kasih Pada Embun Yang Turut Membasahi Bumi...Sempat Juga Aku Ukir Namamu Dikaki Langit Sebelum Fajar Menyising Hari...Tidakkah Kau Rasa Apa Yang Kurasa...Dapatkah Kau Jalinkan Yang Kuserahkan Padamu...Untuk Kau...Mengertilah Bahawa Aku Terlalu Menyintaimu...Sayangku
Benar Sayang Aku Merinduimu,menyayangimu,Mengasihimu...Tanyalah Pada Bulan Betapa Aku Setia Menantimu...Lihatlah Pada Bintang Yang Bertaburan Dilangit...Begitulah Kasihku Padamu Tidak Terkira...Bagai Sungai Yang Mengalir..Bak Tebing Yang Kukuh...Begitulah Setiaku..Itulah Janjiku Padamu...Selagi Masih Bernafas Selagi Itulah Aku Akan Tetap Bersamamu...
Bukan Niatku Membiarkan Dirimu Terbiar Sepi...Tapi Aku Sendiri Hanyut Dibuai Gelora Asmaramu...Bukan Tiada Madah Cinta Untukmu... Tapi Jiwaku Masih Hilang Dalam Lautan Kasihmu...
Rinduku Kini Kembali Bersarang Diranting Kasih.. Sayangku Kian Kembang Mekar Dipohon Asmaramu..Cintaku Kukuh Bertunjangkan Kesetiaanmu..Demi Rindu Yang Mencengkam Kalbu...Demi Cinta Yang Setia...Untuk Kasih Pada Kekasih..Aku Tak Akan Biarkan Kau Derita Menahan Gelora Asmara Yang mengigit Dijiwa... 
Rindu Tak Semestinya Mau...Tak Bersua Tak Bererti Jemu..Cinta Tak Semestinya Bertemu...Kasih Tak Bereti Bercumbu Selalu...Kerna Jika Hati Dan Jiwa Dah Bersatu..Walau Dimana Tak Kira Masa...Kasih Tetap segar Bermain Dijiwa...
ERTI CINTA.

CINTA.... DI MANA NILAI NYA? ......
CINTA.... DI MANA KETULUSAN NYA?....
CINTA.... DI MANA SUCINYA ?....

MALAM SEPI MENGHIMPIT NALURI
SEPI MENGINTAI JIWA
KU CARI ERTI DALAM SEBUAH NILAI PERASAAN
PERASAAN YANG BERNAMA CINTA

KU GAPAI BINTANG YG BERSINAR
HANYA SINARNYA DALAM GENGAMAN
KU GAPAI REBULAN YG INDAH
HANYA KEINDAHAN DAPAT KURASAKAN

KU SELAM LAUTAN CINTA
KU LEMAS DALAM GELOMBANGNYA
LAUTAN SEMAKIN MENGHUKUM PERASAAN
OMBAK MEMUKUL JIWA
AKU TERDAMPAR DI TEPIAN MUARA

OMBAK..... BUIH MU BERALUN INDAH
DESIRAN PANTAI BELAGU MERDU
KU KENAL ERTI CINTA....

NILAI NYA PADA KEJUJURAN
KELUTUSANNYA PADA KESETIAAN
KESUCIAN PADA IKATAN ....

KINI KU BELAYAR TENANG DENGAN ERTI CINTA
ERTI CINTA YANG KU CARI
KEBAHAGIAAN KU MILIKI
KERNA KEJUJURAN,KESETIAAN TELAH MEMBUKTIKAN SEGALANYA

MENGALIR MUTIARA SUCI DARI PANCA INDRA INI
DENGAN LAFAZ AKAD MU AKU SURI JIWA RAGAMU
DENGAN LAFAZ KASIH..... IKATAN SUCI  TERIKAT TEGUH DENGAN
ERTI NILAI SEBUAH MUTIARA CINTA SEJATI....


Andai di tanya hati ini
sejauh mana teguhnya ikatan cintaku
akan ku teriakan pada mereka
cintaku takkan layu
takkan pudar di telan zaman

Andai di tanya diri ini
seteguh mana pegangan cintaku
akan ku bilang pada mereka
aku kan jadi sesetia Hang Tuah
relaku korban demi pertahankan kesetiaan

Tapi sejauh mana kebenaran itu
untuk kita mempertahankan cinta
sedangkan kita sendiri tahu
bahwa kita hanya manusia biasa yang senantiasa leka

Aku tak mahu jadi hamba cinta
aku tak rela diperbodohkan oleh cinta
namun aku mahu jatuh cinta
dan aku mahu terus dicinta

jadi, apakah erti cinta ini
jika kita si pencinta sendiri ragu pada cinta

wahai pencinta,
sesungguhnya hidup mu penuh dengan pembohongan
pembohongan pada perasaan cinta dan perasaan
pembohongan pada mereka yang menagih cinta
kerana kamu sendiri tak tahu apa itu cinta....