Agar tulisan di sini selalu membuatku mengingat tempat-tempat indah, tempat aku dapat saling mengirim embun, juga matahari ke seluruh dunia.
Friday, 16 March 2012
Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.
Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu. Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.
Cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau rayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerrana aku takut aku akan menyakiti hatimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment